mcmc
Galeri

UTAMA

         

    Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn.Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Terdapat berapa fasa dalam menjayakan projek ini iaitu Fasa 1x, Fasa 2, Fasa Felda, Fasa 4, Fasa 5 dan Fasa 6 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Sehingga tahun 2014, hampir 300 lebih Pusat Internet 1Malaysia telah diwujudkan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ia bertujuan mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

             Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

            Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pusat Internet 1Malaysia diberikan tugas untuk mempaparkan satu laman web yang berindentitikan tempatan di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

            Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pusat Internet 1Malaysia diberikan tugas untuk mempaparkan satu laman web yang berindentitikan tempatan di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

Di masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet 1Malaysia sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

 

e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Govenment)

e-Pembelajaran (e-Learning)

Pengumpulan dan pertukaran maklumat

Pusat Komunikasi

Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian

             Pusat peperiksaan dan persijilan. 

                                 

             Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer dengan objektif program menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti di bandar.

        Selain peranan yang dimainkan oleh Perpustakaan Desa sebagai pusat rujukan buku-buku ilmiah dan majalah, Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti dilengkapi kemudahan dan kelengkapan seperti beberapa buah komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner), laminat, binding, fotostat dan kemudahan internet percuma. Segala kemudahan ini disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad di bawah penyeliaan MSD Intelligence Sdn. Bhd. inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah projek kerajaan iaitu Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi, antaranya syarikat Telekom Malaysia (TM) dengan memfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar. 

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

 

e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Govenment)

e-Pembelajaran (e-Learning)

Pengumpulan dan pertukaran maklumat

Pusat Komunikasi

Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian

Pusat peperiksaan dan persijilan.

Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan

Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet

Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI1M

 

                Selain itu juga, Pusat Internet 1Malaysia menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli dan diisyaratkan kepada yang ingin berdaftar, haruslah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet 1Malaysia terlebih dahulu. Disamping itu juga, Pusat Internet 1Malaysia juga menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar, printing, scanning, laminate, binding dan zon internet tanpa wayar (wifi zone) kepada semua golongan khususnya penduduk kampung.

            Sebanyak 20 buah komputer dengan kelajuan internet yang berkelajuan tinggi iaitu 8 mbps disediakan di Pusat Internet 1malaysia dimana 10 buah digunakan untuk kemudahan orang ramai dan kegunaan harian dan 10 buah disediakan didalam bilik latihan untuk latihan dan pembelajaran serta bengkel asas komputer dan internet dan latihan keusahawanan kepada peserta yang ingin berniaga secara online.

VISI

Memastikan industri komunikasi dan multimedia tempatan setanding dengan perkembangan antarabangsa.

Memastikan industri berupaya memperkukuhkan dan mengawal selia kendiri agar menjana kemajuan yang  

memenuhi keperluan ekonomi dan sosial negara.

  

MISI

Meningkat dan mengukuhkan perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Memastikan para pengguna menikmati pilihan dan tahap perkhidmatan yang memuaskan pada harga yang berpatutan.

Memastikan proses kawal selia yang telus bagi menjana persaingan yang sihat dan adil dalam industri.