NADI x TINY TECHIES : JOM BINA KARAKTER ANIMASI
LAPORAN JUN 2026
| Tarikh | 15 JUN 2026 |
| Masa | 3.00 pm – 4.00 pm |
| Lokasi | NADI KAMPUNG LEBOR (ONLINE) |
| Peserta | 4 Orang |
TUJUAN
Kelas Tiny Tichies bertajuk “Jom Bina Karakter Animasi” dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah mengenai asas reka bentuk dan pembinaan karakter animasi. Program ini bertujuan untuk memupuk kreativiti, imaginasi serta kemahiran berfikir secara kritis dalam menghasilkan idea dan watak yang unik. Selain itu, kelas ini dapat meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, dan keupayaan pelajar menyampaikan idea melalui aktiviti pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Program ini juga diharapkan dapat mencetuskan minat pelajar terhadap bidang seni digital, animasi dan teknologi kreatif sebagai persediaan menghadapi dunia pembelajaran masa hadapan.



