mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x MAHIR : SLS PERTANIAN JDM Wetting Agent: Buat Sendiri, Hasil Padu!

LAPORAN DISEMBER 2025

Tarikh10 DISEMBER 2025
Masa9.30am – 10.30pm
LokasiNADI KAMPUNG LEBOR (ONLINE)
Peserta1 Orang

Tujuan

Tujuan kelas ini adalah memberi pendedahan dan kemahiran praktikal kepada peserta mengenai penghasilan JDM Wetting Agent secara kendiri menggunakan kaedah yang mudah, kos rendah dan selamat. Wetting agent berfungsi untuk meningkatkan keupayaan air dan larutan baja atau racun menyerap ke dalam tanah serta permukaan daun, sekali gus menjadikan aplikasi pertanian lebih berkesan.

AKTIVITI

  1. Memahami fungsi dan kepentingan wetting agent dalam pertanian pintar.
  2. Mempelajari konsep JDM (Jadam Microorganism) dan peranannya dalam meningkatkan kesuburan tanah serta kesihatan tanaman.
  3. Didedahkan kepada bahan-bahan asas yang mudah diperoleh untuk menghasilkan wetting agent buatan sendiri.
  4. Ditunjukkan langkah demi langkah cara penyediaan, penggunaan yang betul serta kadar campuran yang sesuai.
  5. Mengetahui kelebihan wetting agent buatan sendiri berbanding produk komersial dari segi kos, keberkesanan dan mesra alam.