LAPORAN JANUARI 2026
| Tarikh | 5 JANUARI 2026 |
| Masa | 3.30pm – 4.30pm |
| Lokasi | NADI KAMPUNG LEBOR (ONLINE) |
| Peserta | 1 Orang |
TUJUAN
Podcast “Tidak Pandai Berenang” dianjurkan sebagai platform kesedaran bagi mendidik masyarakat tentang keselamatan di air serta kepentingan penguasaan kemahiran asas berenang dalam mengurangkan risiko kemalangan dan lemas.
AKTIVITI
- Perbincangan santai mengenai pengalaman dan cabaran individu yang tidak pandai berenang.
- Perkongsian maklumat keselamatan air dan punca utama kejadian lemas.
- Sesi soal jawab berkaitan langkah pencegahan dan keselamatan semasa berada di kawasan air.
- Penyampaian tips asas keselamatan air dan galakan untuk mempelajari kemahiran berenang.
- Perkongsian peranan ibu bapa dan komuniti dalam meningkatkan kesedaran keselamatan air.


