LAPORAN NOVEMBER 2025
| Tarikh | 21 & 22 NOVEMBER 2025 |
| Masa | 2.30 pm – 4.00 pm & 10.00 am 11.00 am |
| Lokasi | NADI KAMPUNG LEBOR (ONLINE) |
| Peserta | 3 Orang |
Tujuan
Tujuan webinar kesedaran ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang risiko dan cabaran yang wujud dalam dunia digital, khususnya berkaitan pembelian dalam talian, penyebaran berita palsu, dan penipuan siber. Webinar ini bertujuan meningkatkan tahap kewaspadaan pengguna, membantu mereka mengenal pasti tanda-tanda penipuan, membuat keputusan membeli secara selamat, serta mengelakkan diri daripada terjebak dengan maklumat tidak sahih atau aktiviti scam. Selain itu, webinar ini juga diadakan untuk membimbing peserta mengamalkan langkah keselamatan asas ketika melayari internet dan berinteraksi di platform digital.
AKTIVITI
- Taklimat berkaitan pembelian dalam talian, berita palsu dan penipuan dalam talian.
- Sesi menjawab kuiz.





