LAPORAN APRIL 2026
| Tarikh | 13 APRIL 2026 |
| Masa | 3.00 pm – 4.00 pm |
| Lokasi | NADI KAMPUNG LEBOR (ONLINE) |
| Peserta | 8 Orang |
TUJUAN
Program keselamatan internet selamat bertajuk “Lindungan Data Peribadi” dijalankan di NADI adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan melindungi maklumat peribadi dalam era digital. Program ini juga memberi pendedahan tentang risiko keselamatan siber seperti penipuan dalam talian, kecurian identiti, dan kebocoran data. Selain itu, program ini bertujuan mendidik peserta tentang amalan keselamatan internet yang betul seperti penggunaan kata laluan yang kukuh, pengesahan dua faktor (2FA), serta pengurusan tetapan privasi di media sosial. Secara keseluruhannya, program ini menyokong pembentukan masyarakat yang celik digital, berhemah dan bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi.
AKTIVITI
- Sesi ceramah interaktif berkaitan kepentingan perlindungan data peribadi dan ancaman keselamatan siber semasa.
- Perkongsian kes sebenar berkaitan penipuan dalam talian (scam) bagi memberi pemahaman yang lebih jelas kepada peserta.
- Kuiz mengenai lindungi data peribadi.





