Laporan Aktiviti

Laporan Januari – Latihan Mewarna Online

MEWARNA

Petugas menerangkan latihan mewarna secara online . Peserta membuka laman web mewarna secara online iaitu www.coloringpages4u.com

 

Laporan Januari – Latihan Mewarna Online

Tarikh: 16 Januari 2018

Masa: 2.30 petang – 4.30 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Kg Lebor

Peserta:10 Orang

 

Tujuan

Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar permainan pendidikan di atas talian. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Kg Lebor serta menambah keahlian PI1M sedia ada. Menguji kemahiran dan daya kreativiti peserta dalam memilih warna yang sesuai dipadankan dengan sesuatu objek.

Aktiviti

Peserta diminta untuk membuka laman web yang disediakan oleh petugas. Selepas itu, mereka diajar bagaimana menggunakan aplikasi tersebut dengan cara yang betul untuk menghasilkan satu warna lukisan yang menarik. Seterusnya peserta melaksanakan aktiviti tersebut mengikut tema yang telah dipilih.