mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan – Puan Ida Ak Miriga

IDA

Usahawan: Membuat Roti

Nama Puan Ida Ak Mirga
Umur  44 Tahun
Ahli 2016

 

Latar belakang

Puan Ida Ak Miriga merupakan usahawan kecil-kecilan di kampung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Ida Ak Miriga merupakan usahawan kecil yang mempunyai kemahiran dalam membuat roti/kuih muih dikampung. Penjualan produk beliau hanya dijalankan di rumah sahaja. Kebanyakan pelanggan adalah dari jiran tertangga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke PEDi Kg Lebor bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di PI Kg Lebor, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian .

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Ida tetap berkunjung ke Pi Lebor bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya yang lain.