Laporan Aktiviti

Kelas Menaip & KDB – Mei

Tarikh 15 Mei 2019
Masa 2.00 ptg – 4.30 ptg
Lokasi Bilik Latihan PI Kg Lebor
Peserta 8

 

Tujuan 

Meningkatkan keahlian PI. Peserta mengetahui kewujudan PI dan pelbagai aktiviti yang diadakan di PI. Meningkatkan kemahiran mengunakan komputer dan menambah pengetahuan ketika membeli secara atas talian. Mendedahkan pentingnya mengetahui cara menggunakan Microsoft Word. Menambah pengetahuan dalam melayari internet. 

Aktiviti

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft  Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Word. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. 

Peserta juga diberi ceramah mengenai klik dengan bijak bagaimana membeli secara atas talian dengan lebih berhati-hati. Ini kerana banyak penipuan siber berlaku dan para penjual mengambil kesempatan dengan menipu pengguna. Jadi, para pengguna akan lebih bijak membeli dengan adanya pengetahuan sebelum membeli barang secara online.

Gambar ada disini