mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x EKELAS : WEBINAR PEMASARAN DIGITAL – ASAS KOMUNIKASI VISUAL

LAPORAN APRIL 2026

Tarikh20 APRIL 2026
Masa2.00 pm – 3.00 pm
LokasiNADI KAMPUNG LEBOR (ONLINE)
Peserta1 Orang

TUJUAN

Webinar ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta khususnya usahawan komuniti tentang kepentingan komunikasi visual dalam menyampaikan mesej pemasaran secara lebih berkesan dan menarik. Selain itu, program ini bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan bahan promosi digital seperti poster dan kandungan media sosial yang kreatif serta profesional. Webinar ini juga membantu peserta memahami penggunaan elemen visual seperti warna, tipografi dan susun atur dalam membina identiti jenama yang konsisten. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan keupayaan usahawan memanfaatkan platform digital bagi memperluaskan capaian pemasaran dan meningkatkan daya saing dalam perniagaan.