LAPORAN OKTOBER 2025
| Tarikh | 29 OKTOBER 2025 |
| Masa | 9.30 am – 11.00 am |
| Lokasi | NADI KG LEBOR (ONLINE) |
| Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Kelas Mahir Masak ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran asas dalam penyediaan hidangan yang berkualiti serta menggalakkan kreativiti dalam seni masakan kepada para peserta. Pada minggu ini, peserta akan mempelajari cara menyediakan popia carbonara big mac merangkumi langkah penyediaan bahan, teknik memasak sos carbonara, proses penggulungan popia dengan betul serta kaedah memasak yang selamat dan berkualiti.
AKTIVITI
- Diterangkan cara-cara membuat popia carbonara mengikut langkah-langkah.
- Peserta diarahkan untuk membuat dan menggolong popia sendiri.
- Peserta menggoreng popia tersebut.


