Usahawan: Membuat Kuih Tradisional & Roti
| Nama | Puan Apa Ak Achen |
| Umur | 44 Tahun |
| Ahli | 2014 |
Latar belakang
Puan Apa Ak Achen merupakan usahawan kecil-kecilan di kampung.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pada mulanya hasrat untuk menjual kuih muih ini datangnya dari minat. Setelah itu beliau cuba untuk menjual atas tempahan secara kecil kecilan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Dengan mengikuti kelas bimbingan dari PEDi sedikit sebanyak telah membantu menambahkan ekonomi beliau. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti kelas membuat roti , kelas pemasaran di PI beliau tidak lepaskan perluang.
Kini beliau telah bergiat aktif dengan penghasilan kuih muihnya hingga mendapat tempahan dari pihak sekolah.