Pada 19 November 2017 (Ahad), pihak PI1M Kg Lebor telah dijemput oleh PI1M Simunjan untuk bersama-sama dalam membantu menjayakan Program Dashbord Komuniti di Pi1M Simunjan.
Tujuannya adalah bagi mengeratkan lagi kekeluargaan bersama penduduk di sekitar Pekan Simunjan, sekaligus mendedahkan kepada pihak belia mengenai kepentingan Pusat Internet 1Malaysia kepada masyarakat setempat.
Syukur alhamdulillah kerana program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Taklimat Klik dengan Bijak,Taklimat Dashboard Komuniti secara umum,sukaneka dashboard komuniti, penerangan dan penggunaan MyShop, Pertandingan Melipat Kain Batik Kretif, Muat Turun Aplikasi Dashboard dan banyak lagi.
Dibawah adalah beberapa gambar aktiviti yang telah dijalankan.
Mudah-mudahan program seumpama ini akan lebih kerap diadakan pada masa akan datang.
Terima kasih semua diatas sokongan daripada anda semua.