Apakah itu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ?
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek yang dilaksanakan melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Telekom Malaysia Berhad (TM) dilantik sebagai kontraktor utama manakala MSD Technology Sdn Bhd (MSDT) sebagai penyelaras program.
Objektif ditubuhkan
Pusat Sebaran Maklumat Nasional ini ditubuhkan untuk memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan capaian internet di kawasan luar bandar. Kemudahan capaian internet ini akan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat di kawasan sekitar dan membantu melahirkan masyarakat berilmu selaras dengan aspirasi kerajaan untuk merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar.
VISI
- Sebagai pusat sehenti perkhidmatan digital yang berupaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang wawasan 2020.
MISI
- Pembangunan sumber manusia Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) & modal insan komuniti melalui program latihan & pembangunan yang terancang.
- Pewujudan & penambahbaikkan berterusan kerja yang berupaya memacu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ke arah visi
- Penggunaan teknologi setara untuk manfaat kepada komuniti.
Kemudahan & Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Lebor :
1. One Stop services and information centre.
2. Wifi
3. Ruang penggunaan berhawa dingin yang selesa
4. Pendaftaran ahli RM 5 seumur hidup
5. Pembelajaran asas ICT, asas internet, keusahawanan secara percuma (untuk ahli yang berdaftar)
6. Caj penggunaan melayari internet selama 1 jam – RM 1.00 (Ahli), RM 2.00 (Bukan ahli/Pelawat)
7. Perkhidmatan fotostat, print, scan, binding dan laminate
8. Sebarang permintaan untuk mengadakan kelas, sewa bilik, aktiviti yang berkaitan ICT atau menggunakan kemudahan dan perkhidmatan bolehlah menghubungi pihak kami untuk maklumat lanjut.
Rajah : Sudut pandangan surfing area, kaunter dan bilik training.
Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari (Isnin – Ahad) kecuali cuti umum
Dari : 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Rehat: 1.00 Ptg – 2.00 ptg
Antara latihan yang disediakan :
1. Pengenalan asas komputer dan asas internet
2. Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran & e-dagang)
3. Microsoft Office (Word, PowerPoint, Excel)
4. Asas IoT & STEM
5. Kelas Keusahawanan
6. Soft-Skill
E-KERAJAAN :
Merupakan satu transformasi penawaran perkhidmatan awam daripada pihak kerajaan yang dilakukan secara elektronik. Penggunaan internet, telah diakui berjaya membawa kesan positif dalam penambahbaikan dan kemajuan pelbagai bidang di sektor swasta dan awam dengan meningkatkan produktiviti secara lebih efisien, kos efektif dan mengurangkan karenah birokrasi. Terdapat pelbagai laman web yang menawarkan perkhidmatan atas talian daripada pelbagai jenis agensi kerajaan
E-DAGANG :
Adalah salah satu proses transaksi perniagaan yang berlaku dalam talian atau lebih spesifik lagi melalui rangkaian elektronik. Ia merangkumi aspek jualan dan pembelian barangan atau perkhidmatan melalui sistem elektronik iaitu internet. Pelbagai jenis perdagangan boleh dilakukan seperti pemindahan dana, pemasaran melalui internet, transaksi atas talian dan sebagainya. Komuniti tempatan boleh membeli belah dan melakukan urusan harian dengan hanya satu klik pada portal e-dagang
E-PEMBELAJARAN :
Satu konsep pembelajaran, latihan atau program pendidikan yang dilakukan menggunakan media elektronik sebagai pengantaraan untuk maklumat pengajaran. E-pembelajaran turut membantu perkongsian maklumat dengan lebih berkesan dan ilmu pengetahuan dapat disebarkan secara serentak menggunakan kaedah yang meluas digunakan di internet seperti forum, email, video dan perbualan. Ia juga merupakan satu pendekatan baru bagi rakyat Malaysia di mana mereka boleh melanjutkan pelajaran tanpa sempadan.
Kenali petugas :
![]() |
![]() |
Nama : Rowena anak Lenson Tarikh mula berkhidmat : 15 November 2019 |
Nama : Normasitah binti Seroji Tarikh mula berkhidmat : 3 Oktober 2022 |